Selamat Datang Ke Web Sekolah
Kami ... Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Labis, Johor.
Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang telah dibuka pada
9 Mac 1930 dengan nama Sekolah Melayu Tenang. Tapak asalnya di tebing sungai Tenang.Tokoh-tokoh
yang banyak berjasa hingga tertubuhnya sekolah ini termasuklah allahyarham Muhamad bin Yaakob, allahyarham Ali bin Siman,
allahyarham Md Arief bin Yusuf dan allahyarham Hj Abdul Rashid bin Abu Bakar.
Mulai tahun 1990
sekolah ini telah dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang Labis. Pada peringkat awalnya sekolah ini menampung
murid-murid Melayu dari Kampung-kampung sekitar seperti Kampung Sawah Bahru,Pekan Air Panas,Kepoh Dan Kampong Redong.
Yang Mulia Raja Haji Muhamad Mahyuddin bin
Kudin adalah Guru Besar Pertama (1930-1931)Sehingga kini seramai 19 orang Guru Besar telah bertugas di sekolah ini.En.Jantan
bin Omar merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Pertama ditubuhkan pada tahun 1959.
Sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1943-1945
semasa perang Dunia Kedua, Sekolah ini juga pernah berjasa semasa zaman Darurat.Sekolah ini menjadi pusat pembekalan kepada
tentera British ketika melawan penganas-penganas komunis pada ketika itu.Tahun bersilih berganti .Masa terus berlalu. Kini
sekolah ini menjadi begitu dewasa dan turut menerima perubahan.
Kemudahan bangunan baru , fizikal sekolah
dan sebagainya telah berubah dan semakin maju.Sekolah ini kira-kira 19 kilometer daripada Pekan Labis. Sekolah yang berhampiran
di sekitar ialah SK Pekan Air , SJK Cina Tenang dan SK sawah Bahru.Guru besar pada tahun 2005 sehinga kini ialah En.Ismail bin Jais.